Assalamualaikum.
    
Sahabat-sahabat dan mereka yang kenal diri ini pasti tahu tentang kecintaannya pada bahasa. Tak kisah bahasa apa pun. Kalau terdengar pasti rasa ingin tahu membuak buak. Kadang-kadang duduk dekat-dekat dengan mereka yang petah dengan bahasa ketiga. Tak faham pun -_- tapi hakikat yang ia menarik untuk didengari.  ^-^
  Ini rahsia.... Diri ni tak adalah pandai jealous, tapi kalau jumpa orang yang mampu kuasai banyak bahasa, terutama bahasa-bahasa luar dari negara mereka, *haih...... tergugatnya. Haha. Tapi diri sendiri pun tak adalah tahu banyak bahasa. Cita-cita je nak jadi POLYGLOT. heh...
Serious Polyglot aka orang yang pandai bertutur banyak bahasa itu bagi ku amat cool. Bijak. Etc. hhh.. Tapi apakan daya, bahasa melayu pun kadang-kadang hanyut ke laut. Pernah ada seorang rakan sekolah kata 'kau punya ayat sepatutnya kena masuk kamus dewan bahasa dan pustaka.' Haih.... I take that as compliment. hhhhh...
Inikan pula bahasa asing, kan.? 

OH MY ENGLISH
   Beberapa hari yang lalu kita ni edit satu gambar untuk dijadikan cover FB. Huh... phrase atas watermark tu cool  but rase macam kurang betul. So, dengan rendah diri kita ni pun pergi lah tanya dekat group whatsapp. Hhhhh... ingat sayes je pening. Rupanya soalan sayes tu pun memeningkan ahli-ahli yang lain. Admit it. Our grammar too out of the box. 


FlickaMoment : On duty for Aqiqah at Sunway Kayangan.

 Alhamdulillah, kerjasama dan sifat cinta akan ilmu membawa seorang sahabat kepada jawapan yang kami perlukan. Kalau Allah nak bagi jawapan dan tolong macam-macam cara pun boleh. Terima kasih kepada lovely ladies yang memeriahkan whatsapp grup malam itu. Dan kepada yang mereka-mereka yang diam hopefully, perbincangan kami sedikit sedikit membantu anda.  ^-^

Credit : Faten Amira

Leave a Reply