Bertemankan beg kura2 dan makanan aka berkat dari rumah kenduri, aku singgah duduk dibangku sementara menunggu train seterusnya sampai. Rawang - 15 minit lagi. Huh... Alhamdulillah selesai satu majlis pertunangan di Serdang. Bahagianya tengok orang ambil satu langkah ke arah kebaikan. Lebih bahagia bila mereka ialah sahabat baik kita. Alisa Sukal. Roomate semasa di matrik. Haih... kalau dulu dengar back to back story dia, sekarang dia dah ade pendengar setia yang baru. Afiq. Seorang yang baik dan bertanggungjawab, InsyaAllah. Alisa dan Afiq.... semoga segalanya dipermudahkan dan perhubungan kalian dirahmati dan diberkati oleh Allah.
    Toleh ke kanan. Kepala train mula kelihatan. Aku pun ambil langkah mendekati garisan kuning. Tengok kebawah. 'kenapa banyak sangat mark.?' aku terhenti di satu mark yang semakin pudar warnanya. Entah. Mana satu mark membawa maksud pintu masuk ke coach wanita. Ting ting ting.. kebetulan betul betul dihadapan ku. Kebetulan juga ada satu tempat kosong. Rezeki. Weeeee.... 
   Letakkan beg kura-kura dan bekalan di sisi tempat duduk. Leganya dapat duduk. Renggangkan bahu. Seharian membawa gadget, terasa keras otot macam askar dah. Ruang sebelah dan hadapan masih kosong. Peluang untuk melabuhkan kelopak mata. Walaupun tak dapat tidur kerana bunyi kaki train dan soseh-soseh penumpang, tapi sekurang-kurangnya badan dan otak ni boleh ambil masa untuk rehat. 
   'Mid Valley... please mind your step'. Huh.. tertidurkah aku.? Terasa macam train skip station-station antara Serdang ke Mid Valley. Toleh kiri dan kanan. Foreigners dah isi ruang-ruang yang tadi kosong. Mungkin mereka dah duduk selepas station Bandar Tasik Selatan. Aku kembali memejamkan mata. Kedengaran seorang wanita menegur salah seorang penumpang. 'Ini coach wanita. Lelaki kena pergi depan.' Train sudah mula bergerak. Mungkin mak cik menegur penumpang lelaki-lelaki yang degil di coach wanita atau lelaki asing yang tak faham tentang simbol pink yang jelas terpampang di muka pintu train atau mereka rase mereka bukan lelaki, Haihh... Kerana terlampau penat, kelopak mata terus terpejam dengan harapan suara2 penumpang dalam train ini akan reda. 
   'Ini anak saya.. Ini anak saya... hayaa..' suara wanita menarik perhatian. Terpaksa juga aku membuka mata. 'Ini anak saya la. Memang ini coach perempuan... tapi takkan saya nak duduk sini. anak saya duduk sana.?' kelihatan seorang wanita lingkungan 40-an berjalan ke arah ku. Kebetulan ruang sebelah kosong. Hanya ada beg baju. Milik siapa.? Mungkin orang sebelah sana. 'Hayaa... ini pun. Bangku untuk orang duduk bukan beg duduk.' katanya berkali-kali sebelum dia melabuhkan punggung. Perli agaknya. Aku kemudiannya memanjangkan leher ke hujung coach. Budak lelaki, dalam lingkungan umur  12-14 tahun, juga sedang duduk. Mungkin ini anak yang dimaksudkan aunty. Aku pun tak pandai untuk memandai-mandai. Tak arif meletakkan hukum. Coach wanita untuk golongan hawa sahaja, dan anak-anak . Adakah anak-anak itu dalam lingkungan yang masih mumayyiz atau 'kanak-kanak' dlm lingkungan yg dikenakan oleh UNCRC (<18) atau pertubuhan/individu  yang lain-lainnya. Tak jelas. Yang jelas nak sampai rumah cepat.
   Terasa Mid Valley dan Kl Sentral tersangatlah jauhnya. Lepas ni kena tukar train ke arah perlabuhan klang pula. Aduh.... Mata ni dah berat, otak ni dah craving nak dibuai mimpi. Drama2 diluar kotak fikiran oleh mereka2 bergelar penumpang ni pun boleh tahan menambah tekanan. 'KL Sentral. Station pertukaran......'. Akhirnya...... terima kasih. Aku berdiri sebelum train berhenti. Terhoyong hayang badan. Sesaat kemudian ramai yang mengekori ku. Di kesesakan manusia di KL sentral aku berjalan laju. Merentas manusia seperti game. Mungkin sekarang aku half asleep. 
   Beratur di escalator. Di kejauhan aku terlihat, badan train sudah menunggu. Tanpa melihat kiri kanan aku berlari masuk sebelum pintu tertutup rapat. Terasa beg kura-kura menerjah badan penumpang lain. Aku menoleh sambil memohon maaf kepada empunya badan. Perasaan bersalah bercampur baur gembira kerana dapat masuk ke train tepat pada waktu. Aku tersenyum sendiri lalu ku lihat ke papan laluan train di atas pintu. Lampu menyala dilaluan biru. Haha... aku pasti masih separa tidur. Mata ku kemudian melihat papan digital antara lintasan coach. 

'Next station MID VALLEY'



I'm out of words. Aku harus kembali ke sana. Selepas apa yang aku lalui. Keinginan yang membuak-buak. 
Kita memang selalu tak dapat yang kita inginkan. Tapi.....
Hurmm... serius tak tahu nak cakap macam mana.
Dan aku disini. Kembali ke Station Mid Valley. Sedang menunggu train ke KL Sentral.
*Sigh
My Life Deja Wooo
   

Leave a Reply